Tuesday, January 15, 2008

Politik di Kemahang - semestinya UMNO

Kemahang merupakan sebuah kampung yang terdiri dari penduduk-penduduk yang sukakan keamanan. Semangat kejiranan, bertolak ansur, hubungan erat serta permuafakatan sesama masyarakat mengatasi segala hal menyebabkan perpaduan begitu menyerlah termasuk politik.

Kemahang adalah sebuah kampung di mana peti undinya masih belum pernah kalah ke tangan pembangkang walaupun di masa UMNO dilambung ombak dan badai namun UMNO Kemahang tetap gah berdiri tegap di belakang kerajaan.

YB Dato' Ir Hj Mohd Soffi Bin Tan Seri Hj Abd Razak, Ketua UMNO Bahagian Lipis, EXCO kerajaan Negeri Pahang juga ADUN Benta tidak perlu bimbang dan ragu tentang kesetiaan kami terhadap benteng perjuangan UMNO di Kemahang dan begitu juga dengan benteng-benteng UMNO di kampung-kampung lain di bawah DUN Benta. Kami tetap akan memperjuangkan kedaulatan agama, bangsa dan negara.

YB Dato' Mohamad Shaharum Bin Osman, Naib Ketua UMNO Bahagian Lipis juga Ahli Parlimen P79 Kawasan Lipis juga akan terus kami pertahankan kerusinya kerana Lipis akan hanya terus maju dengan pemerintahan di bawah BN yang dipimpin oleh parti keramat UMNO.

Kemahang mengamalkan demokrasi terpimpin sepertimana kepimpinan yang diamalkan di peringkat pucuk pimpinan. Tun Razak melepaskan tompok kepimpinan kepada Tun Hussein dan dipatuhi oleh semua rakyat. Tun Hussein melepaskan tompok kepimpinan kepada Tun Mahathir juga diterima oleh semua rakyat dengan hati yang terbuka. Tun Mahathir menyerahkan tompok kepimpinan kepada Dato Seri Abdullah yang memerintah sehingga sekarang ini juga rakyat tetap akur. Keutuhan dan keamanan yang kita perolehi pada hari ini adalah kerana keperibadian kita yang sememangnya bertolak ansur, patuh serta sentiasa memberi penghormatan kepada pemimpin.

Semangat ini juga diaplikasikan di Kemahang di mana kami sentiasa memberi penghormatan kepada Tok Empat iaitu Pengerusi JKKK yang juga Pengerusi GDW menerajui UMNO sebagai ketua. Sekiranya ade bekas Pengerusi JKKK di kampung tersebut sebaiknya diberikan penghormatan dan dilantik sebagai Pengerusi Tetap UMNO cawangan tersebut. Ini kerana walaupun beliau telah bersara sabagai Tok Empat namun kami yakin, darah UMNO tetap mengalir di tubuh beliau. (jarang sangat Tok Empat dari parti pembangkang, kalau ada pun patut disingkir kerana penduduk yang akan sengsara dengan tindakan beliau)

Kami sememang dari dulu lagi berhasrat untuk mendirikan sebuah bangunan UMNO di Kemahang kerana ianya terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia dan sepetutnyalah kita sebagai parti memerintah mempunyai satu tonggak mercu tanda keagungan parti di 'centre of Peninsular'. Insyallah kami akan usahakan untuk mendirikan bangunan tesebut sebagai tanda untuk meletakkan UMNO di 'heart of Peninsular'

3 comments:

Bizkuit_86 said...

dah bertaun2 kemahang diperintah UMNO..mentaliti masyarakat masih sama, tak da pa yang berubah..masing-masing jaga kepentingan peribadi, agenda peribadi mengatasi kebajikan rakyat..projek atas kertas berlambak, nak laksana ntah bila...bukan nak kutuk kepimpinan sapa2, tapi isu mentaliti masyarakat dan pemimpin yang tak nak perubahan mengakibatkan kampung tu tak maju2...we've just produce followers, not thinkers...

Pureguy said...

At least we have produced something.
Not all followers are bad and not all thinkers are good..

ajak said...

wahai org kg ku berfikir la dgn matang jgn tengok umno yang tok dan bapak kita dulu ,,,, now dah lain omnu dah jadi parti yang memalukan org melayu .... ayah aku sejak 1955 aktivis umno sejati tapi tahun 2004 kecewa mengadu padaku aku susah perjuangkan negara lawan komunis kena tembak (dia askar cedera kat kaki kena tembak) then bila pencen berjuang utk umno tapi sedih pemimpin umno tetap dgn lama mewah lupakan grassroot.... adakah cukup t shirt setiap kali pilihanraya ...tu pun kadang kala tak dpt setiausaha dpt 20 helai ....sekrang ayah dah aruah kg dah lama tinggal tapi kepedihan dia sebagai pejuang umno masih ku rasa itulah nasib org biasa di kemahang...