Monday, January 14, 2008

JKKK Kemahang

JKKK di seluruh Malaysia akan bertukar tenaga, bertukar wajah dan bertukar hala tuju kerana bertukar ahli pada tahun 2008 ini. Walau bagaimanapun majoriti dari Pengerusi di Negeri Pahang khususnya akan dikekalkan. Tok empat tak perlu tukar selalu sangat sebab bukan jawatan wakil rakyat yang hendak dirampas oleh pihak pembangkang. Begitu juga halnya berlaku di Kemahang tak kira la Kemahang Hulu atau Kemahang Hilir masih lagi mengekalkan Pengerusi yang lama. Nampaknya semua Pengerusi-pengerusi JKKK di DUN Benta ni mantap-mantap dah terserlah semangat kerjasama di antara mereka. Pemimpin-peminpin yang begini lah yang kita hendak agar mereka dapat duduk semeja bersama membincangkan perhal kemajuan kampung-kampung di bawah DUN Benta ini. Sememangnya Pengerusi yang sediada masih bertenaga, masih aktif dan masih diperlukan oleh masyarakat.

Kawan nak menyeru kepada anak-anak watan Kemahang, kalau tak nak balik ke kampung pun, sekurang-kurangnya bawalah apa-apa yang difikirkan baik dan boleh memajukan kampung kita tak kira samada projek pertanian, industri kecil-kecilan dn apa jua projek yang boleh dimanfaatkan oleh orang kampung.

2 comments:

Bizkuit_86 said...

kawan sayang jugak kampung kawan ni, tapi pe kata kite jalankan lebih banyak aktiviti yang melibatkan masyarakat secara keseluruhan..ni kawan tgok kat kg kita ni macam ramai je puak2...tak mau bersatu..tgok kepimpinan masjid sudahlah...walaupun betollah, kalu skali kite renung2 balik, masjid mana kat malaysia ni asal masuk waktu solat safnya penuh sampai ke pintu, tapi sekurang2nya imarahkanlah..dengar2 cita ader yang jarang nampak muke kat masjid walhal beliau org penting di kampung...ahaaaa...ape crita tuu? Rasulullah SAW sendiri pada zaman baginda menjalankan aktiviti politik di masjid..maksud kawan di sini bukan swoh berkempen kat masjid nuh..jadikan adab rasulullah tu sbagai contoh...imarahkanlah masjid, jadikan ia tempat untuk menyatukan masyarakat kemahang ni...wallahualam bissawaabb....

Kemahang, Benta, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur said...

betol cakap awok tu bizkuit_86 tapi kita kire bebudok lagi saper yg berani nok tegor orang tue. demeh bukan boleh ditegor karang kite pulak yang kena.