Friday, February 1, 2008

KUMPULAN G-18 Ahli Jemaah Setiausaha DUN Benta

Kumpulan G18 iaitu Jemaah Setiausaha DUN Benta ditubuhkan pada 18 Febuari 2008 yang terdiri setiausaha JKKK 18 kampung di DUN Benta . Kumpulan G18 yang ditubuhkan untuk ahli-ahlinya telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pihak. G18 akan terus berusaha untuk meningkatkan perkembangan dan kemajuan kampung samada dari segi politik, ekonomi mahupun sosial di dalam DUN Benta ini. Kami juga merasa bertuah kerana YB Dato’ Ir Hj Mohd Soffi Bin Tan Sri Hj Abd Razak EXCO Kerajaan Negeri Pahang merangkap ADUN Kawasan Benta sehingga kini masih terus memberi kerjasama dan sokongan sepenuhnya kepada aktiviti-aktiviti G18. Alangkah baik sekiranya semua DUN-DUN di Malaysia ini mendapat YB seperti kami agar penduduk-penduduk kampung bersama sokongan beliau dapat maju membangun dengan penuh aman, mesra dan harmoni.

Dengan terbentuknya G18 ini telah dapat mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama di antara setiausaha-setiausaha di bawah DUN Benta. G18 dilihat lebih kepada kumpulan groundmen yang tidak formal dan banyak berada di padang berurusan dengan orang-orang kampung membantu Pengerusi JKKK dan tidak hanya bergelumang dengan urusan kertas sahaja. Kerana title ‘JKKK’ di hujung jawatan Setiausaha itu maka memang sepatutnya mereka adalah wheeler and dealer atau tukang cakap untuk bos mereka iaitu YB, Penghulu dan juga Pengerusi JKKK.

Tugas penting G18 adalah memastikan kerajaan mantap dengan menjaga kepentingan pemimpin dan ketua kerana jika pemimpin lemah maka kampung pun akan turut lemah.