Friday, August 1, 2008

Visit Kemahang Wildlife Sanctuary - Center of Peninsular Malaysia

Website: www.world2asia.com
e-mail: world2asia@ymail.com

and let's Camp in the Wild

Watch Out!!! This is not just a camping, it's a real Jungle Exploration
Once in a million chance of your life time!!!!

Gain the experience and reveal the secrets of
Stone age Mesolithic, Neutero and Proto Malays,
and don't miss the wild fauna and flora coz you might not meet them elsewhere
We will place you in the center for only
2D1N - RM 250.00 (BASIC PACKAGE)
3D2N - RM 390.00 (PREMIER PACKAGE)
4D3N - RM 490.00 (ADVENTURE PACKAGE)
5D4N - RM 590.00 (EXPLORATION PACKAGE)
Min: 4 persons
2D1N Basic Package:
  • Jungle Trekking
  • Wild animal / bird watching
  • Wild honey bee hives
  • Rocky stream escapade
  • Root / Rock climbing
  • Evening Excursion
  • Wildlife Ochestra
  • Night Safari / Discovery
  • Explore rare flora & fauna
  • Waterfall cascade
  • Mesolithic cave exploration
  • Great wall of Proto Malays
  • Carcass of an old ship on top of the hill
  • Real nomad Aborigines known as Semang people
  • Breakfast / Lunch / Dinner @ BBQ
3D2N Premier Package;
  • Jungle Trekking
  • Wild animal / bird watching
  • Wild honey bee hives
  • Rocky stream escapade
  • Root / Rock climbing
  • Evening Excursion
  • Wildlife Ochestra
  • Night Safari / Discovery
  • Explore rare flora & fauna
  • Waterfall cascade
  • Mesolithic cave exploration
  • Great wall of Proto Malays
  • Carcass of an old ship on top of the hill
  • Real nomad Aborigines known as Semang people
  • Explore Kabong Sugar Tapping (A unique product in the Center of Peninsular Malaysia)
  • Visit Kabong Sugar Factory
  • Experience Fish Netting
  • Experience Rubber Tapping
  • Benta Night Market (Only on saturday night)
  • Benta Morning Market (Only on Sunday)
  • Breakfast / Lunch / Dinner @ BBQ
4D3N Adventure Package
(Covers 2D1N Basic Package Plus...)

Please Select Any 3 Activities
  • 4WD Adventure / Berembun Waterfall
  • Pahang Elephant Sanctuary / Deerland Park / Visit Orang Asli Village
  • Lata jarum Waterfall / Caving at Gua Keling
  • Lipis Heritage Tour / Lipis Mini Zoo / Night Walk at Jeram Besu Countrysite
5D4N Adventure Package
(Covers 3D2N Premier Package Plus...)

Please Select Any 3 Activities
  • 4WD Adventure / Berembun Waterfall
  • Pahang Elephant Sanctuary / Deerland Park / Visit Orang Asli Village
  • Lata jarum Waterfall / Caving at Gua Keling
  • Lipis Heritage Tour / Lipis Mini Zoo / Night Walk at Jeram Besu Countrysite
  • Water Confidence / White Water Rafting

Friday, February 1, 2008

KUMPULAN G-18 Ahli Jemaah Setiausaha DUN Benta

Kumpulan G18 iaitu Jemaah Setiausaha DUN Benta ditubuhkan pada 18 Febuari 2008 yang terdiri setiausaha JKKK 18 kampung di DUN Benta . Kumpulan G18 yang ditubuhkan untuk ahli-ahlinya telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pihak. G18 akan terus berusaha untuk meningkatkan perkembangan dan kemajuan kampung samada dari segi politik, ekonomi mahupun sosial di dalam DUN Benta ini. Kami juga merasa bertuah kerana YB Dato’ Ir Hj Mohd Soffi Bin Tan Sri Hj Abd Razak EXCO Kerajaan Negeri Pahang merangkap ADUN Kawasan Benta sehingga kini masih terus memberi kerjasama dan sokongan sepenuhnya kepada aktiviti-aktiviti G18. Alangkah baik sekiranya semua DUN-DUN di Malaysia ini mendapat YB seperti kami agar penduduk-penduduk kampung bersama sokongan beliau dapat maju membangun dengan penuh aman, mesra dan harmoni.

Dengan terbentuknya G18 ini telah dapat mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama di antara setiausaha-setiausaha di bawah DUN Benta. G18 dilihat lebih kepada kumpulan groundmen yang tidak formal dan banyak berada di padang berurusan dengan orang-orang kampung membantu Pengerusi JKKK dan tidak hanya bergelumang dengan urusan kertas sahaja. Kerana title ‘JKKK’ di hujung jawatan Setiausaha itu maka memang sepatutnya mereka adalah wheeler and dealer atau tukang cakap untuk bos mereka iaitu YB, Penghulu dan juga Pengerusi JKKK.

Tugas penting G18 adalah memastikan kerajaan mantap dengan menjaga kepentingan pemimpin dan ketua kerana jika pemimpin lemah maka kampung pun akan turut lemah.

Monday, January 28, 2008

Asal Usul Kemahang

Kampung Kemahang dibuka pada tahun 1708 oleh Panglima Gantang Haji Syed Abd Rahman apabila hubungan di antara Pahang dan Johor kembali pulih setelah sekian lama retak selepas Sultan Abdul Jalil Syah II (1623-1677) menyerang Pahang pada tahun 1638 menyebabkan ramai yang terbunuh. Hubungan Pahang dan Johor pulih semula selepas tahun 1641 apabila Sultan Abdul Jalil Syah II melantik sepupunya Raja Bajau (Putera Sultan Abdullah Maayat Syah) sebagai Yamtuan Muda di Pahang. Panglima Gantang Haji Syed Abd Rahman adalah keturunan Tun Ibrahim, anak kepada Sultan Abdul Jalil Syah II.

Semasa adik kepada Tun Ibrahim iaitu Tun Abbas menjadi Bendahara yang memerintah di Pahang, Panglima Gantang telah mudik di sungai Pahang melalui sungai Jelai terus ke sungai Lipis, sungai Rengai, sungai Kemahang mudik sehingga sungai Asah. Oleh kerana sungai itu semakin ke hulu semakin sempit perahu tongkang beliau terkandas di muara sungai Asah. Setelah sekian lama rangka perahu tongkang masih lagi dapat dilihat di situ.

Nama Kemahang diberi bersempena dengan sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai kemahang (colocasia) atau biasanya dipanggil keladi. Sehingga kini masih terdapat pelbagai spesis keladi di Kemahang. Keladi jenis kemahang juga terdapat di kampung-kampung berhampiran seperti Budu, Tanjung Besar, Chat, dan Peruang. Keladi kemahang juga boleh dibeli di pekan sari Benta pada setiap ahad. Keunikan keladi jenis kemahang di Kemahang ialah ianya tidak berasa gatal apabila dimakan. Sekiranya dimakan dan terasa gatal maka sahlah bukan keladi yang ditetak (dipetik) dari Kampung Kemahang.

Mengikut lagenda, puak Panglima Gantang telah berperang dengan puak orang asli diketuai oleh Tok Batin Piah yang tinggal di Bukit Taching iaitu di kaki Bukit Raya. Pokok asam jawa yang ada sekarang adalah sempadan di antara dua puak. Orang asli telah menggunakan getah keladi untuk menuba air sungai Kemahang sehingga menjadi racun bagi sesiapa yang meminumnya. Air tersebut telah terminum oleh anak Panglima Gantang yang kacak dan tampan yang ketika itu sedang bercinta dengan anak perempuan Tok Batin yang tidak kurang cantik menawan. Laksana Romeo dan Juliet, demi cinta, anak perempuan sanggup minum air yang beracun itu. Nama Kemahang diberi setelah keladi kemahang yang beracun pada ketika itu telah ditawar oleh Panglima Gantang.

Mengikut kajian ekologi pula, Kemahang mempunyai sumber air bumi yang mengandungi kandungan mineral yang cukup tinggi dan tulen serta menghasilkan tumbuhan yang amat segar termasuk keladi sehingga tidak merasa gatal jika dimakan. Jalan Bukit Gantang pula diberi sempena nama Panglima Gantang

Asal Usul Kuala Lipis

Anak kepada Tun Ali juga secara kebetulan bernama Tun Ibrahim yang berasal dari Johor ke Siam pada tahun 1806 dan seterusnya ke Pahang melalui Kelantan dan Terengganu. Setelah mendapat kebenaran dari ayahandanya Bendahara Tun Ali juga dikenali dengan nama Tun Kuni, ketua di Hilir Pahang, rombongan Tun Ibrahim memudik ke hulu Sungai Pahang sehinggalah ke Kuala Lipis. Ketika mendirikan tempat bermalam, mereka mengambil daun-daun pedur dan melepis (memisahkan daun-daun pedur) untuk dijadikan atap yang kemas dan tahan hujan. Mengikut lagenda pula, dari perkataan lepislah maka kuala sungai itu dipanggil Kuala Sungai Lipis…… dan asalnya Kuala Lipis. Ada juga yang mengatakan Nama Lipis diambil bersempena dengan sejenis tumbuhan yang dipanggil serau lipis (Pavetta Indica). Memandangkan bandar ini terletak di kuala sungai, maka ianya dinamakan Kuala Lipis.

Asal Usul Kemahang Hilir (Perlong)

Kemahang Hilir pada asalnya dikenali sebagai Perlong. Mengikut kajian sejarah, Datuk Perlong adalah generasi ke empat Tun Ibrahim. Sungguhpun keturunan yang bergelar Tun, Tok Perlong terpaksa menggugurkan gelaran tersebut setelah beliau mengahwini orang kebanyakan.

Tok Perlong menyusur masuk menggunakan beberapa perahu jalak bersama pengikut-pengikutnya melalui sungai Lipis ke sungai Rengai sehingga ke sungai Kemahang di Kuala Kemahang tetapi tidak boleh mudik ke hulu lagi sepertimana kapal tongkang Datuk Panglima Gantang dahulu kerana sungai sudah semakin sempit. Pada masa itu ramai orang di situ tidak terhingga sehingga adanya pekan sari bertapat di sebuah bukit yang dinamakan Bukit Kedai yang ada sehingga hari ini.

Cara pengistiharan dahulu kala sebagai perasmian membuka sesebuah kampung adalah dengan menebang pokok yang paling besar yang terdapat di kawasan itu. Tok Perlong memilih sepohon mahang yang paling besar dan tinggi di tengah-tengah Kampung tersebut untuk ditebang sebagai upacara pengisytiharan. Beliau mendirikan rumah tongkah berhampiran pokok mahang itu bagi upacara penebangan dan pengisytiharan. Apabila batang mahang itu jatuh ke tanah maka diisytiharlah pembukaan Kampung tersebut Beliau sendiri menebang pokok Mahang yang sungguh besar sehingga seramai 400 orang boleh duduk di atasnya setelah ianya tumbang melintang menyeberangi sungai itu. Dari pokok mahang itulah dikatakan asal nama KAMPUNG KEMAHANG. Fakta ini mengandungi perselisihan kandungan dengan fakta sejarah Kemahang Hulu. Walaubagaimana pun, yang pasti, Kampung Perlong diambil bersempena dengan nama Tok Perlong.

Tuesday, January 15, 2008

Politik di Kemahang - semestinya UMNO

Kemahang merupakan sebuah kampung yang terdiri dari penduduk-penduduk yang sukakan keamanan. Semangat kejiranan, bertolak ansur, hubungan erat serta permuafakatan sesama masyarakat mengatasi segala hal menyebabkan perpaduan begitu menyerlah termasuk politik.

Kemahang adalah sebuah kampung di mana peti undinya masih belum pernah kalah ke tangan pembangkang walaupun di masa UMNO dilambung ombak dan badai namun UMNO Kemahang tetap gah berdiri tegap di belakang kerajaan.

YB Dato' Ir Hj Mohd Soffi Bin Tan Seri Hj Abd Razak, Ketua UMNO Bahagian Lipis, EXCO kerajaan Negeri Pahang juga ADUN Benta tidak perlu bimbang dan ragu tentang kesetiaan kami terhadap benteng perjuangan UMNO di Kemahang dan begitu juga dengan benteng-benteng UMNO di kampung-kampung lain di bawah DUN Benta. Kami tetap akan memperjuangkan kedaulatan agama, bangsa dan negara.

YB Dato' Mohamad Shaharum Bin Osman, Naib Ketua UMNO Bahagian Lipis juga Ahli Parlimen P79 Kawasan Lipis juga akan terus kami pertahankan kerusinya kerana Lipis akan hanya terus maju dengan pemerintahan di bawah BN yang dipimpin oleh parti keramat UMNO.

Kemahang mengamalkan demokrasi terpimpin sepertimana kepimpinan yang diamalkan di peringkat pucuk pimpinan. Tun Razak melepaskan tompok kepimpinan kepada Tun Hussein dan dipatuhi oleh semua rakyat. Tun Hussein melepaskan tompok kepimpinan kepada Tun Mahathir juga diterima oleh semua rakyat dengan hati yang terbuka. Tun Mahathir menyerahkan tompok kepimpinan kepada Dato Seri Abdullah yang memerintah sehingga sekarang ini juga rakyat tetap akur. Keutuhan dan keamanan yang kita perolehi pada hari ini adalah kerana keperibadian kita yang sememangnya bertolak ansur, patuh serta sentiasa memberi penghormatan kepada pemimpin.

Semangat ini juga diaplikasikan di Kemahang di mana kami sentiasa memberi penghormatan kepada Tok Empat iaitu Pengerusi JKKK yang juga Pengerusi GDW menerajui UMNO sebagai ketua. Sekiranya ade bekas Pengerusi JKKK di kampung tersebut sebaiknya diberikan penghormatan dan dilantik sebagai Pengerusi Tetap UMNO cawangan tersebut. Ini kerana walaupun beliau telah bersara sabagai Tok Empat namun kami yakin, darah UMNO tetap mengalir di tubuh beliau. (jarang sangat Tok Empat dari parti pembangkang, kalau ada pun patut disingkir kerana penduduk yang akan sengsara dengan tindakan beliau)

Kami sememang dari dulu lagi berhasrat untuk mendirikan sebuah bangunan UMNO di Kemahang kerana ianya terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia dan sepetutnyalah kita sebagai parti memerintah mempunyai satu tonggak mercu tanda keagungan parti di 'centre of Peninsular'. Insyallah kami akan usahakan untuk mendirikan bangunan tesebut sebagai tanda untuk meletakkan UMNO di 'heart of Peninsular'

Monday, January 14, 2008

Pelan Pembangunan Zon Organik

Pelan Pembangunan Zon Organik adalah satu resolusi di bawah GDW Kemahang Hulu dengan usahasama Pejabat Penghulu dua Mukim iaitu Mukim Tanjung Besar dan Budu dengan lembaga penasihat dari KEMAS Daerah Lipis, Jabatan Pertanian Daerah Lipis, Jabatan Perikanan Daerah Lipis, Jabatan Haiwan Daerah Lipis, UPM Serdang dan PPK Benta untuk mewujud, menyelaras dan memajukan sebuah Zon Pertanian, berkonsepkan aplikasi Bioteknologi, Teknologi Nano dan apajua transformasi Pertanian Baru ke arah pemodenan melalui program-program Usahawan Biotani bagi menghasilkan produk-produk PERTANIAN ORGANIK.


MISI

Untuk mewujud dan membudayakan Usahawan Biotani sebagai gaya hidup dalam usaha meningkatkan ekonomi penduduk-penduduk luar bandar di Zon Organik ini.


VISI

Persekitaran DUN Benta sebagai ‘Zon Organik’ yang menghasilkan produk-produk perladangan, ternakan dan ternakair yang Selamat, Suci dan Halal.


TEMA

‘SELAMAT - SUCI - HALAL’


PROGRAM USAHAWAN BIOTANI

Program Usahawan Biotani adalah Juga Program Usahawan Tani yang dilaksanakan di bawah anjuran Pelan Pembangunan Zon Organik dengan aplikasi Bioteknologi khasnya, Teknologi Nano dan apajua transformasi Pertanian Baru amnya bagi mencapai misi dan visi Pelan.


USAHAWAN BIOTANI

Usahawan Biotani adalah Usahawan Tani yang melaksanakan transformasi pertanian ke arah aplikasi Bioteknologi dan Teknologi Nano.



FUNGSI PELAN PEMBANGUNAN ZON ORGANIK
PROGRAM-PROGRAM USAHAWAN BIOTANI

Fungsi PPZO adalah untuk memantau setiap program-program yang bakal dilancarkan di bawah Program-Program Biotani dan akan diputuskan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja serta dilaksanakan mengikut prosedur operasi piawai yang telah digariskan seperti berikut:

1. Mengkaji projek-projek berpotensi, bernilai Tambah serta berasaskan teknik-teknik baru untuk diperkenalkan ke PPZO
2. Mengenalpasti dan melantik pembeli kepada produk tersebut
3. Mengkaji viability produk tersebut dalam jangkamasa pendek, sederhana dan panjang
4. Mengenalpasti dan melantik perunding / sumber kepakaran bidang tersebut
5. Menentukan dan melantik pembekal bahan-bahan pemakanan, baja dan sebagainya yang tidak mengandungi bahan kimia, racun, antibiotik, lemak haiwan bagi memastikan hasil produk organic,
6. Mengenalpasti dan melantik pembekal sumber bahan-bahan peralatan bagi menjayakan projek tersebut
7. Melantik penasihat-penasihat professional di dalam bidang berkaitan
8. Membuka peluang kepada penduduk-penduduk kampung untuk menyertai program tersebut
9. Membantu peserta-peserta untuk mendaftarkan perniagaan bagi menyertai program tersebut
10. Membantu peserta-peserta untuk memohon peruntukan, pinjaman dan sebagainya dari mana-mana institusi kerajaan ataupun kewangan bagi tujuan projek tersebut,
11. Menganjurkan kursus kepada peserta-peserta yang bakal menjalankan projek tersebut
12. Setelah permohonan kewangan lulus, memantau pengomisian peralatan, perolehan baja, pemakanan, benih dan sebagainya
13. Membantu perunding untuk menjalankan pemantauan rutin harian / mingguan terhadap setiap peserta-peserta.
14. Membantu operasi pengeluaran produk setelah dituai.
15. Memantau aliran kewangan peserta, ledger, bayaran balik pinjaman serta modal pusingan seterusnya bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar
16. Memantau kesinambungan / ulangan (repetition) projek agar ianya berterusan.
17. Menyediakan khidmat nasihat, tunjuk ajar berterusan kepada peserta-peserta
18. Membantu untuk menaikkan taraf hidup serta melayakkan setiap penduduk kampung yang menyertai program-program anjuran PPZO sebagai Usahawan Biotani

JKKK Kemahang

JKKK di seluruh Malaysia akan bertukar tenaga, bertukar wajah dan bertukar hala tuju kerana bertukar ahli pada tahun 2008 ini. Walau bagaimanapun majoriti dari Pengerusi di Negeri Pahang khususnya akan dikekalkan. Tok empat tak perlu tukar selalu sangat sebab bukan jawatan wakil rakyat yang hendak dirampas oleh pihak pembangkang. Begitu juga halnya berlaku di Kemahang tak kira la Kemahang Hulu atau Kemahang Hilir masih lagi mengekalkan Pengerusi yang lama. Nampaknya semua Pengerusi-pengerusi JKKK di DUN Benta ni mantap-mantap dah terserlah semangat kerjasama di antara mereka. Pemimpin-peminpin yang begini lah yang kita hendak agar mereka dapat duduk semeja bersama membincangkan perhal kemajuan kampung-kampung di bawah DUN Benta ini. Sememangnya Pengerusi yang sediada masih bertenaga, masih aktif dan masih diperlukan oleh masyarakat.

Kawan nak menyeru kepada anak-anak watan Kemahang, kalau tak nak balik ke kampung pun, sekurang-kurangnya bawalah apa-apa yang difikirkan baik dan boleh memajukan kampung kita tak kira samada projek pertanian, industri kecil-kecilan dn apa jua projek yang boleh dimanfaatkan oleh orang kampung.