Monday, January 28, 2008

Asal Usul Kemahang Hilir (Perlong)

Kemahang Hilir pada asalnya dikenali sebagai Perlong. Mengikut kajian sejarah, Datuk Perlong adalah generasi ke empat Tun Ibrahim. Sungguhpun keturunan yang bergelar Tun, Tok Perlong terpaksa menggugurkan gelaran tersebut setelah beliau mengahwini orang kebanyakan.

Tok Perlong menyusur masuk menggunakan beberapa perahu jalak bersama pengikut-pengikutnya melalui sungai Lipis ke sungai Rengai sehingga ke sungai Kemahang di Kuala Kemahang tetapi tidak boleh mudik ke hulu lagi sepertimana kapal tongkang Datuk Panglima Gantang dahulu kerana sungai sudah semakin sempit. Pada masa itu ramai orang di situ tidak terhingga sehingga adanya pekan sari bertapat di sebuah bukit yang dinamakan Bukit Kedai yang ada sehingga hari ini.

Cara pengistiharan dahulu kala sebagai perasmian membuka sesebuah kampung adalah dengan menebang pokok yang paling besar yang terdapat di kawasan itu. Tok Perlong memilih sepohon mahang yang paling besar dan tinggi di tengah-tengah Kampung tersebut untuk ditebang sebagai upacara pengisytiharan. Beliau mendirikan rumah tongkah berhampiran pokok mahang itu bagi upacara penebangan dan pengisytiharan. Apabila batang mahang itu jatuh ke tanah maka diisytiharlah pembukaan Kampung tersebut Beliau sendiri menebang pokok Mahang yang sungguh besar sehingga seramai 400 orang boleh duduk di atasnya setelah ianya tumbang melintang menyeberangi sungai itu. Dari pokok mahang itulah dikatakan asal nama KAMPUNG KEMAHANG. Fakta ini mengandungi perselisihan kandungan dengan fakta sejarah Kemahang Hulu. Walaubagaimana pun, yang pasti, Kampung Perlong diambil bersempena dengan nama Tok Perlong.

No comments: