Monday, January 14, 2008

Pelan Pembangunan Zon Organik

Pelan Pembangunan Zon Organik adalah satu resolusi di bawah GDW Kemahang Hulu dengan usahasama Pejabat Penghulu dua Mukim iaitu Mukim Tanjung Besar dan Budu dengan lembaga penasihat dari KEMAS Daerah Lipis, Jabatan Pertanian Daerah Lipis, Jabatan Perikanan Daerah Lipis, Jabatan Haiwan Daerah Lipis, UPM Serdang dan PPK Benta untuk mewujud, menyelaras dan memajukan sebuah Zon Pertanian, berkonsepkan aplikasi Bioteknologi, Teknologi Nano dan apajua transformasi Pertanian Baru ke arah pemodenan melalui program-program Usahawan Biotani bagi menghasilkan produk-produk PERTANIAN ORGANIK.


MISI

Untuk mewujud dan membudayakan Usahawan Biotani sebagai gaya hidup dalam usaha meningkatkan ekonomi penduduk-penduduk luar bandar di Zon Organik ini.


VISI

Persekitaran DUN Benta sebagai ‘Zon Organik’ yang menghasilkan produk-produk perladangan, ternakan dan ternakair yang Selamat, Suci dan Halal.


TEMA

‘SELAMAT - SUCI - HALAL’


PROGRAM USAHAWAN BIOTANI

Program Usahawan Biotani adalah Juga Program Usahawan Tani yang dilaksanakan di bawah anjuran Pelan Pembangunan Zon Organik dengan aplikasi Bioteknologi khasnya, Teknologi Nano dan apajua transformasi Pertanian Baru amnya bagi mencapai misi dan visi Pelan.


USAHAWAN BIOTANI

Usahawan Biotani adalah Usahawan Tani yang melaksanakan transformasi pertanian ke arah aplikasi Bioteknologi dan Teknologi Nano.



FUNGSI PELAN PEMBANGUNAN ZON ORGANIK
PROGRAM-PROGRAM USAHAWAN BIOTANI

Fungsi PPZO adalah untuk memantau setiap program-program yang bakal dilancarkan di bawah Program-Program Biotani dan akan diputuskan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja serta dilaksanakan mengikut prosedur operasi piawai yang telah digariskan seperti berikut:

1. Mengkaji projek-projek berpotensi, bernilai Tambah serta berasaskan teknik-teknik baru untuk diperkenalkan ke PPZO
2. Mengenalpasti dan melantik pembeli kepada produk tersebut
3. Mengkaji viability produk tersebut dalam jangkamasa pendek, sederhana dan panjang
4. Mengenalpasti dan melantik perunding / sumber kepakaran bidang tersebut
5. Menentukan dan melantik pembekal bahan-bahan pemakanan, baja dan sebagainya yang tidak mengandungi bahan kimia, racun, antibiotik, lemak haiwan bagi memastikan hasil produk organic,
6. Mengenalpasti dan melantik pembekal sumber bahan-bahan peralatan bagi menjayakan projek tersebut
7. Melantik penasihat-penasihat professional di dalam bidang berkaitan
8. Membuka peluang kepada penduduk-penduduk kampung untuk menyertai program tersebut
9. Membantu peserta-peserta untuk mendaftarkan perniagaan bagi menyertai program tersebut
10. Membantu peserta-peserta untuk memohon peruntukan, pinjaman dan sebagainya dari mana-mana institusi kerajaan ataupun kewangan bagi tujuan projek tersebut,
11. Menganjurkan kursus kepada peserta-peserta yang bakal menjalankan projek tersebut
12. Setelah permohonan kewangan lulus, memantau pengomisian peralatan, perolehan baja, pemakanan, benih dan sebagainya
13. Membantu perunding untuk menjalankan pemantauan rutin harian / mingguan terhadap setiap peserta-peserta.
14. Membantu operasi pengeluaran produk setelah dituai.
15. Memantau aliran kewangan peserta, ledger, bayaran balik pinjaman serta modal pusingan seterusnya bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar
16. Memantau kesinambungan / ulangan (repetition) projek agar ianya berterusan.
17. Menyediakan khidmat nasihat, tunjuk ajar berterusan kepada peserta-peserta
18. Membantu untuk menaikkan taraf hidup serta melayakkan setiap penduduk kampung yang menyertai program-program anjuran PPZO sebagai Usahawan Biotani

No comments: